Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, 29 December 2011

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum w.b.t…

BANGUN! BANGUN! BANGUN!



                3 teriakan, jeritan, dan pekikan amaran ditujukan kepada sahabatku yang masih terlena dibuai mimpi indah bahawa kita sekarang ini sudah diambang peperiksaan akhir. Teriakan amaran seperti ini juga pernah dilaungkan tetapi dalam bentuk yang lain yang berbunyi “Jauhkan dirimu dari sebarang hawa yang bukan berbentuk Islam”. Laungan ini disebut oleh Maimun bin Mahran rahimahullah iaitu seorang ahli hadis yang thiqah ketika dia merasa takut kita semua akan diperdaya oleh kilauan pelbagai nama-nama. Gema teriakan ini masih terdengar melangkaui generasi demi generasi.

                     Berbalik semula kepada topik kita, pada masa ini, minit ini, saat ini, inilah waktu yang penting yang perlu kita titikberatkan. Waktu ini umpama kita berada di sebuah pertandingan larian 400 meter dan kita berada di 100 meter yang terakhir. Inilah masanya untuk kita pecut sehabis mungkin untuk kita merangkul juara. Jadi, disini saya tidak ingin menulis ‘article’ dengan panjang lebar. Sekadar untuk mengingatkan sahabat-sahabat sahaja.


Tip-tip peperiksaan

  • Sebelum masuk dewan peperiksaan, pastikan kita sudah habis membaca surah ‘Alam Nasyrah’ dan surah ‘Ad-Dhuha’ sebanyak 41 kali. Seelok-eloknya kita mulakan bacaan kita pada awal pagi. 

  • Semasa di dalam dewan peperiksaan,jika kita terlupa atau ‘blur’ banyakkan baca selawat keatas nabi. 

  • Tiap-tiap hari sepanjang musim peperiksaan, buat solat hajat 2 rakaat. 

                  Mungkin ada para kawan yang mengatakan bila kita nak melakukan perkara diatas “ala ko nie, masa minggu periksa nie la nak jadi alim, nak ingat tuhan. Sebelum nie, tak de pun nak ingat tuhan. Ko nie janganlah jadi hipokrit”. Bagi pendapat saya, yang dulu itu dulu, yang penting sekarang, pastikan kita berada di “zon perubahan” kearah yang lebih baik. Niatkan dihati, semoga amalan kita di sepanjang musim peperiksaan ini menjadi asbab (penyebab) untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dan semoga perkara ini berterusan setiap masa. 

               Akhir kata, peganglah kata-kata dari sahabat saya “Usahalah semampumu, tetapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan, tetapi berimanlah bahawa tawakkalmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNya, itulah penentu kejayaan. Kejayaan bukan milik sesiapa tetapi adalah milik Allah, jadi hendaklah dikau pohon dariNya semata”. “Gantunglah harapan setinggi langit, andai terjatuh tersangkut di awan”. Begitu juga kata-kata yang disebut oleh Bill Gates “If you have clear vision, you do not have time to take the breakfast”.

Salam peperiksaan dan salam beramal.






~Exco Kebajikan dan Komuniti ~

No comments:

Post a Comment